Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahdzir terima resolusi dasar buku negara

KUALA LUMPUR 11 Julai – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menerima Resolusi Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara yang dise­rahkan oleh Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Budiman Mohd. Zohdi.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, lanjutan daripada penerimaan resolusi tersebut, Mahdzir turut melantik Budiman yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara.

Menurut kementerian itu, resolusi yang mempunyai lima halaman itu menggariskan lima matlamat utama yang memberi tumpuan kepada pembaharuan dasar buku negara.

“Dasar itu merupakan antara asas penting yang akan diusulkan dalam merealisasikan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Antara yang diutarakan ialah pembaharuan dasar buku negara bagi memastikan buku dalam bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan.

“Sesuai dengan keperluan dan cita-cita negara, dasar itu juga bermatlamat bagi memastikan rakyat Malaysia mempu­nyai minat membaca yang tinggi termasuk pendigitalan buku alaf baharu dan buku masa depan,” jelas kenyataan itu.

Cadangan memperbaharui dasar buku negara ini telah diutarakan oleh Budiman dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada 14 Mac lalu di Dewan Rakyat.

Kesinambungan daripada cadangan tersebut, satu persida­ngan iaitu Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara telah diadakan pada 25 April lalu di Wisma ITBM yang dipengerusikan oleh Budiman sendiri.

Persidangan tersebut turut mendapat sokongan kehadiran 58 orang wakil daripada beberapa agensi berkaitan termasuk Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kota Buku (PKB) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Kementerian Pendidikan menambah, sesi penyerahan resolusi di Putrajaya dekat sini turut dihadiri Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron; Urus setia Tetap MBKM, Abdul Wahab Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Sayed Munawar Sayed Mustar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain