Menterinya, Dr. Masz­lee Malik berkata, pihak FSU USIM te­lah mengemukakan se­mua dokumen yang di­perlukan, namun ma­sih belum ada tindakan susulan mahupun perbinca­ngan daripada LPQB.

“Lawatan pihak LP­QB pada 2017 telah meminta FSU USIM untuk mengadakan kursus tambahan

MASZLEE MALIK
MASZLEE MALIK 

selama enam bulan bagi empat kursus kepada pelajar-pelajar yang bergraduasi pada 2017.

“Masalah timbul kerana sehingga kini LPQB masih belum memutuskan tarikh kursus tam­bahan berkenaan perlu bermula. Pihak FSU USIM telah me­ngemukakan semua dokumen yang diperlukan malah perkara berkaitan ini juga tidak dima­sukkan dalam mesyuarat LPQB yang bersidang awal Mac lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nama LPQB disebut-sebut setelah Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai lembaga itu mengumumkan Sijil Amalan Guaman (CLP) akan menerima pakai kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pada tahap Se­nior Middle 3 bermula 1 Januari 2021 selepas melakukan perbinca­ngan dengan beberapa pihak.

Exco Biro Akademik dan Mahasiswa Pemu­da UMNO, Farhan Khai­­­­ruddin memper­tikaikan per­kara tersebut kerana menurut beliau, adalah lebih penting untuk LPQB mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang USIM terlebih da­hulu.

Sehubungan itu, Maszlee me­mohon supaya LPQB segera melihat isu tersebut dan memberikan kelulusan sewajarnya bagi membolehkan pelajar-pelajat terlibat dapat mengikuti pengajian dengan teratur.