Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya meletakkan sasaran dalam tempoh lima ke 10 tahun bagi merealisasikan hasrat itu untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah litar di setiap negeri.

“Sukan permotoran di negara ini sangat popular, lihat sahaja jumlah penonton saban tahun di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Justeru, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa komited dalam membantu dan membangunkan sukan permotoran tanah air,” katanya semasa merasmikan Tangkak Racing Track dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia ke-25 di sini, sebentar tadi.

Khairy berkata, pembinaan litar lumba di seluruh negara secara tidak langsung dapat menambah bilangan sirkit perlumbaan seperti Kejuaraan Cub Prix yang merupakan pemangkin bagi perkembangan sukan permotoran negara. - UTUSAN ONLINE