Kesemua inisiatif tersebut yang juga merupakan perancangan jangka pendek di bawah bahagian proses pengajaran yang menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan tahun ini. 


Pelaksanaan lima inisiatif itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebagai berkata, inisiatif pertama iaitu memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi akan mengandungi tiga intervensi melibatkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 


Dr Maszlee Malik berucap kepada warga pendidik ketika hadir di
Dr Maszlee Malik berucap kepada warga pendidik ketika hadir di Majlis amanat Menteri Pendidikan Malaysia tahun 2019 di Dewan Besar UPM, Serdangi hari ini. - UTUSAN ONLINE/ SYEFRY MONIZ

Kata beliau, inisiatif kedua pula melibatkan pengurusan data dan sistem dalam talian akan menyaksikan dua intervensi akan dilaksanakan iaitu pengumpulan data diambil daripada sumber sedia ada kementerian dan penggunaan sepenuhnya sistem kehadiran murid secara dalam talian. 


Jelas beliau, sesuai dengan pemansuhan peperiksaan Tahap Satu maka kementerian akan melaksanakan inisiatif ketiga bagi memberi ruang kepada sekolah untuk merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (Linus) bersesuaian dengan keperluan murid. 


“Selain itu, kementerian juga akan mula melaksanakan penyeragaman borang dan proses pemantau menerusi dua intervensi bagi memastikan guru tidak lagi terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamatan dan penarafan kantin. 


“Inisiatif terakhir yang kita akan lakukan iaitu penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah pula bagi memastikan jawatankuasa tidak berkaitan tugas mendidik akan dimansuhkan,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE