Helikopter dengan enjin Rolls Royce 250-C30 berkenaan menyertai pameran statik pada LIMA 2015 bagi mendedahkan pengunjung tentang keupayaan dan impaknya terhadap sesebuah misi penerbangan.

Ketua Pegawai Komersial MD Helicopters Inc., Craig Kitchen berkata, MD 530G merupakan model berkeupayaan tinggi dalam menjayakan tembakan dan serangan tepat dalam sesebuah misi.

“Dengan sistem berintegrasi termasuk Sistem Pengurusan Moog, pemantauan pengesan infra merah L3-Wescam dan suit komunikasi canggih Harris, pesawat berkenaan terbukti dalam menyampaikan perintah medan perang secara komprehensif dan penyelarasan kawalan,” katanya pada satu majlis sempena LIMA 2015 di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah diberi penghormatan menaiki MD 530G.