Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

LHDN mahu ‘lawat’ 2,436 individu, 1,402 syarikat

KUALA LUMPUR 8 Mei – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ‘melawat’ 2,436 individu dan 1,402 syarikat yang gagal menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun 2015 hingga sekarang bagi mengutip jumlah cukai tertunggak sebanyak RM326.2 juta.

Noor Azian Abdul Hamid

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Datuk Noor Azian Abd. Hamid (gambar) berkata, pihak­nya menyasarkan untuk mengutip sekurang-kurang­nya 5 peratus iaitu RM16.3 juta daripada jumlah tersebut menerusi Operasi KUTip (Op KUTip) selama dua hari yang dilancarkan secara se­rentak di 13 cawangan seluruh negara bermula hari ini.

Menurutnya, menje­lang 31 Disember tahun ini, LHDN meletakkan sasaran untuk mengutip sekurang-kurangnya 90 peratus atau RM293.6 juta cukai tertunggak daripada individu dan syarikat tegar ini.

“Bagaimanapun pemba­yaran secara tunai tidak dibenarkan sama sekali. Pegawai-pegawai kita hanya dibenarkan menerima wang dalam bentuk cek atau draf bank atas nama Ke­­tua Pengarah LHDN,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Op KUTip di sini hari ini.

Noor Azian juga menambah, bagi pembayaran secara online pula, pembayar perlu mengemukakan bukti atau melakukan transaksi di hadapan pegawai yang terbabit.

Beliau memberitahu, se­kiranya mereka gagal membayar cukai tertunggak se­­­hingga akhir tahun ini, LHDN terpaksa mengambil tindakan tegas termasuk mengheret individu ber­kenaan ke mahkamah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain