Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, lelaki yang belum dikenal pasti identitinya menaiki kereta BMW disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik Hospital Sungai Buloh di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.25 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Seramai tujuh anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang terlibat mengeluarkan kereta mangsa yang terbabas ke dalam gaung itu..

“Mangsa yang merupakan lelaki tempatan disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik Hospital Sungai Buloh,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE