Pemilik akaun Facebook 'Suresh Ayaru' dari Kulim dalam catatannya itu, mempersoalkan tujuan orang Islam merayakan beberapa kali perayaan dalam setahun.

Perbuatan itu dikatakan menyusahkan kaum lain.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Yusuf Shaari berkata, lelaki itu ditahan pada pukul 10.22 malam kerana telah menghina perayaan kaum lain yang boleh mengakibatkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.

"Lelaki berusia 34 tahun ini bekerja sebagai pemotong rumput. Dia ditahan hasil aduan tidak puas hati oleh orang awam pada 10 Ogos lalu.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998," katanya.

Mohd. Yusuf memberitahu, telefon bimbit jenis Nokia milik lelaki itu turut dirampas dan seterusnya direman selama empat hari mulai hari ini hingga 15 Ogos ini. - UTUSAN ONLINE