TALI yang digunakan seorang lelaki di Taman PD Suria, Jalan Kampung Paya di Port Dickson hari ini. - UTUSAN ONLINE

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tergantung di rumah itu oleh orang awam kira-kira pukul 6 pagi.

"Polis terima panggilan orang awam memaklumkan seorang lelaki dipercayai menggantung diri di sebuah rumah di Taman PD Suria.

"Polis ke lokasi kejadian dan siasatan di tempat kejadian serta tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk menjalani bedah siasat dan siasatan kes itu masih diteruskan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - UTUSAN ONLINE