Antaranya seperti kanak-kanak autisme, celebral palsy, sindrom down dan kekurangan fizikal yang berusia antara tujuh hingga 13 tahun.

Guru Pendidikan Khas, Najmiah Harun berkata, sekolah tersebut mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dilaksanakan sejak dari 2010 dengan pelbagai aktiviti yang diatur pada setiap bulan.

“Hari ini kita mengadakan pertandingan mewarna dan bengkel bola sepak khusus untuk kanak-kanak istimewa ini yang sebenarnya memerlukan pemerhatian dan bimbingan daripada masyarakat.

“Selain itu, sekolah juga melaksanakan aktiviti lain bersama mereka contohnya seperti terapi berkuda, berenang, boling dan memanah dengan bimbingan daripada guru serta jurulatih khas,” katanya ketika ditemui Utusan Online di sini hari ini.

STEVE MCMANAMAN
STEVE MCMANAMAN 

Yang turut hadir ialah Legenda Bola Sepak Liverpool, Steve Mc Manaman dan Presiden Kelab Penyokong Liverpool (All Reds Malaysia), Muzili Aznor Musa.

Mcmanaman turut menyantuni kanak-kanak tersebut dengan meluangkan masa melawat bilik PPKI selain menunjukkan kemahiran menyepak bola dengan betul di padang sekolah itu di sini hari ini.

Pekarangan sekolah juga turut dilimpahi dengan kehadiran penyokong setia The Reds yang menantikan kunjungan legenda itu sejak awal pagi. -UTUSAN ONLINE