Pada masa kini, semua orang berkejar masa tidak kira samada ke tempat kerja atau membeli barang. Dalam urusan membeli-belah pula, amat digalakkan untuk membeli barangan secara online kerana ianya dapat memudahkan anda dan disertai penjimatan berganda.

Perkembangan teknologi seperti ini juga memberi impak lebih positif kepada rakyat Malaysia. Anda tidak perlu lagi ke kedai atau kompleks membeli-belah semata-mata hanya untuk membeli barang yang diingini. Terdapat pelbagai laman web yang menawarkan pembelian atas talian dan antaranya adalah Shopee. Ingin tahu kenapa online shopping ini semakin digemari rakyat Malaysia? Jom baca sebab-sebabnya dibawah ini;

• Penjimatan berganda
- Tidak kira samada penjimatan melalui masa atau wang, anda tidak perlu lagi risau. Jika anda menggunakan kupon diskaun atau baucar yang didapati daripada laman web online terpilih, barangan akan menjadi lebih murah dan berbaloi. Masa dan kos juga terjamin kerana anda tidak perlu menghabiskan duit minyak semata-mata ke kedai untuk membeli 1 barangan sahaja.

• Barangan yang sukar didapati di Malaysia
- Ada sesetengah barangan yang anda ingini, pasti sukar untuk dapatkannya di sini. Lebih-lebih lagi produk berjenama antarabangsa. Beli secara online, harganya jauh lebih murah dan kos penghantarannya juga tidaklah mencecah hingga ratusan ringgit. Cuma, anda perlu menunggu lebih lama masa penghantarannya daripada barangan yang terdapat pada penjual lokal.

• Pelbagai pilihan hebat
- Pembelian atas talian ini boleh buatkan anda ‘rambang mata’. Pelbagai pilihan hebat yang akan ditawarkan setiap hari sewaktu anda melayari laman web terpilih.

- Terdapat banyak pilihan untuk produk yang diingini. Walaupun ada barangan yang sama oleh penjual berlainan, lakukan perbandingan harga dan kualiti melalui laman web tersebut.

- Ada juga sesetengah laman web menyediakan sistem untuk membantu anda membuat perbandingan secara online dengan lebih mudah.

• Tawaran menarik
- Membeli-belah secara online ini, pasti tidak lepas daripada mencari diskaun untuk setiap barangan yang ingin dibeli. Nah, online shopping merupakan perkara yang tepat untuk anda.

- Laman web belian atas talian ini seringkali memberi tawaran hebat agar berbaloi dengan wang yang dilaburkan. Setiap hari pasti ada promo dan diskaun berbeza untuk setiap barangan.

• Promosi
- Jika anda membeli secara online, laman web tertentu selalu mengadakan promosi jualan secara besar-besaran sewaktu musim perayaan. Harganya jauh lebih murah daripada kedai-kedai fizikal.

- Setiap penjual pasti berlumba-lumba menurunkan harga supaya anda dapat melakukan perbandingan dan membuat pilihan terbaik.

• Tak bersesak dengan orang ramai, stress-free

- Sesetengah daripada anda pasti tidak suka mengunjungi kompleks membeli-belah atau kedai-kedai kecil dan terpaksa pula bersesak dengan orang ramai terutamanya semasa musim perayaan dan juga cuti umum.

- Bila terlalu ramai orang, keputusan membeli barangan pun akan jadi keliru. Nanti terbeli pula barangan yang tidak sepatutnya dengan keperluan.

• Ketahui trend barangan terkini
- Jika barangan yang menjadi sering menjadi ‘trend’ mendapat sambutan hangat, ianya akan sentiasa direkomendasi oleh laman web tersebut untuk para pengunjung.

- Buat kaum wanita terutamanya, barangan bukan sahaja daripada pakaian dan aksesori yang sering menjadi trend dalam laman web pilihan ini, malahan ada juga barangan elektronik, hijab, penjagaan kulit dan solekan yang ditawarkan dengan harga menarik.

Rajinkan diri untuk melayari laman web online seperti Shopee di musim perayaan / cuti sekolah ini kerana terdapat pelbagai tawaran menarik yang disediakan seperti diskaun ekstra untuk barangan tertentu. Dengan menggunakan Shopee promo code ini, anda boleh menjimatkan pembelian sehingga 20% .

Kesimpulannya, barangan yang dibeli haruslah mengikut keperluan. Semasa membeli secara online juga, tahan diri anda agar tidak melakukan perbelanjaan di luar kemampuan. Takut lari bajet! Jadilah pembeli yang bijak. Buat research terlebih dahulu tentang barangan yang ingin dibeli. Baca review/komen dari pembeli sebelum ini. Bersederhanalah dalam berbelanja.

Selamat bershopping! - UTUSAN ONLINE