Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu lebih berkesan dengan penyampaian dan teknik pembelajaran yang lebih baik dan secara langsung kepada penonton sekali gus menarik minat golongan tersebut.

Selain itu katanya, melalui rancangan realiti juga ia dapat menarik minat dan memberi idea kepada mana-mana pihak untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan kementerian lain supaya produk pemenang rancangan realiti ini dapat dipasarkan ke peringkat global di masa akan datang sekali gus menjana pendapat yang baik,” katanya ketika ditemui semasa majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Program Rural Business Challenge (RBC) 2017 di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE