Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih banyak ruang mendarat di KLIA

SEPANG 14 Feb. – Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) baharu yang dijadual beroperasi sepenuh­nya pada penghujung 2019 akan memberi banyak ruang kepada pesawat untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kelak.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, menerusi projek KLATCC, lebih banyak slot pendaratan pre­mium terutama pada waktu puncak penerbangan akan dapat diberikan kepada syarikat-syarikat penerbangan.

“Kita mampu memberi lebih banyak slot pendaratan premium terutamanya pada waktu puncak penerbangan iaitu pada 10 pagi hingga 12 tengah hari dan antara jam 6 petang hingga 8 malam.

“Kelebihan ini akan menjadikan KLIA lebih berdaya saing berbanding lapangan terbang lain di rantau ini. Ini juga akan membantu industri pelanco­ngan negara terutama dalam peningkatan kedatangan pelancong,” katanya kepada pembe­rita selepas Majlis Pecah Tanah KLATCC, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika berucap, Tiong Lai berkata, KLATCC bukan sahaja akan menempatkan operasi kawalan trafik udara bagi ruang udara Kuala Lumpur tetapi akan menjadi tunjang utama bagi keseluruhan trafik udara di negara ini.

Menurutnya, fungsi kompleks yang bernilai lebih RM650 juta itu juga merangkumi sebagai pusat sistem mencari dan menyelamat (SAR) bagi Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Beliau berkata, projek itu akan mentransformasikan hampir ke­seluruhan infrastruktur kawalan trafik bagi ruang udara Kuala Lumpur melibatkan aspek kemudahan sistem kawalan trafik udara.

“Kemudahan sistem kawalan trafik udara perlu dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan kemajuan teknologi penerba­ngan serta aspek struktur ruang itu sendiri bagi menampung ke­perluan semasa dan akan datang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain