Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih 50,000 hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017

PM HARI RAYA AIDILFITRI
PERDANA Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama para tetamu pada majlis Rumah Terbuka UMNO Malaysia di Dewan Tun Razak 1 hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 16 Julai - Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 yang diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta barisan pemimpin tertinggi UMNO pusat dan negeri-negeri.

Pelbagai juadah disediakan mengikut tema negeri-negeri antaranya nasi dagang, laksa Kedah, lemang dan rendang untuk dinikmati pengunjung bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain