LOKMAN NOOR ADAM
LOKMAN NOOR ADAM

Presiden PMB, Datuk Lokman Noor Adam berkata, angka yang diberikan itu adalah rea­listik berdasarkan maklum balas yang diterima selepas berita mengenai perhimpunan itu dikeluarkan.

“Kita terima maklum balas yang amat memberangsangkan daripada orang ramai untuk menyertai perhimpunan ini.

“Jumlah 2,000 orang adalah realistik kerana ini merupakan perhimpunan pertama yang kita anjurkan malah kita lakukan ketika hari bekerja iaitu Jumaat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan itu tidak perlu bimbang memandang­kan ia dianjurkan secara aman.

“Kita ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama kita berikan sokongan kepada institusi agama Islam dan juga institusi diraja.

“Kebebasan bersuara di negara ini jauh lebih baik pada masa ini setelah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Dalam pada itu, Lokman berkata, pada malam ini akan diadakan majlis pelancaran PMB peringkat Parlimen akan diadakan di Bota, Perak dan makluman mengenai perhimpunan pada Jumaat ini akan turut dilakukan di sana.