Timbalan Ketua Pengarah ( Dasar & Operasi) Lembaga Getah Malaysia, Dr. Suarni Sumormo berkata, pekebun kecil terlibat perlu segera memohon peruntukan khas yang disediakan itu selewat-lewatnya 31 Januari ini untuk membolehkan mereka turut menerima wang insentif yang diberikan kerajaan.


“Sehingga September lalu, seramai 500,730 pekebun kecil dan penoreh getah telah didaftarkan dalam sistem pangkalan data BMT. Namun, setelah dikemaskini, seramai 483,941 orang sahaja yang layak memohon BMT.


“Peruntukan BMT sebanyak RM200 seorang untuk tempoh tiga bulan iaitu November, Disember (2017) dan juga Januari (2018), merekodkan hanya 325,366 orang sahaja yang telah pun menerimanya,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan BMT di Ibu Pejabat Lembaga Getah Malaysia, di sini.


Sementara itu, kerajaan melalui Bajet 2017 memperuntukkan RM261 juta dana untuk BMT bagi membela nasib golongan pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat fenomena cuaca, seterusnya memberi kelegaan kepada lebih 484,000 orang golongan itu seluruh negara.- UTUSAN ONLINE.