Pengurus Bangunan Larkin Sentral, Yakop Haron berkata, pihaknya bercadang memulakan projek menaik taraf tempat letak kenderaan itu seawal September tahun depan.

“Ketika ini tempat letak kenderaan itu dapat memuatkan 300 kenderaan, setelah dinaik taraf kelak akan mampu memuatkan sebanyak 970 kenderaan.

“Projek menaik taraf tempat letak kenderaan bertingkat itu dijangka memakan masa setahun setengah untuk disiapkan,” katanya pada sesi taklimat kerja menaik taraf bangunan Larkin Sentral, di sini sebentar tadi.

Apabila siap kelak, Larkin Sentral akan menyediakan sebanyak 1,400 tempat letak kenderaan termasuk 430 tapak parkir sedia ada di kawasan menunggu teksi. - UTUSAN ONLINE