Antaranya ialah laporan bertajuk Penganugerahan dan penerimaan gelaran palsu yang dilaporkan oleh Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar bersama Penolong Ketua Meja Jenayah, Mohammad Yasir Jaafar, selain Wartawan Meja Jenayah, Maszureen Hadzman yang diisytiharkan sebagai Pemenang Bersama Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail.

Karya Pengarang Berita Utusan Malaysia Saiful Haizan Hasam bertajuk Perhambaan dunia moden terhadap pekerja haram Malaysia di ladang-ladang Australia berjaya memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang sementara Ketua Unit Meja Sains dan Teknologi Utusan Malaysia, Laupa Junus berjaya memenangi Kategori Penulisan Rencana Cemerlang menerusi penulisanya mengenai teknologi bantu mangsa banjir, teknologi bantu Orang Asli dan Teknologi satelit cari ikan.

Kesemua mereka berjaya menerima hadiah berbentuk wang tunai, trofi dan sijil mengikut kategori masing-masing di dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016.-UTUSAN ONLINE