Selain itu terdapat juga pasangan adik beradik yang menjadi sebahagian daripada 4,615 pelajar baharu USM untuk sidang akademik 2018/2019.

Pasangan kembar itu adalah Noor Farah dan Noor Sarah Ramlan yang mengambil jurusan Sains Gunaan (Biologi); Tan Si Hwa dan Tan Si Jie (Teknologi Industri-Makanan) dan S. Roshini dan S. Rohini (Perakaunan dan Pengurusan).

Selain itu pasangan lain adalah M. Sharan Raj dan M. Shaarvin Raj (Sains Gunaan-Matematik); Nurulhuda dan Nurulizzah Mohamad Kamis (Farmasi dan Sains Matematik) serta J. Kalaivahnny dan J. Kaalaiveyhny (Perakaunan).

Dua pasangan kembar dari China adalah Tian Yujia dan Tian Yuxin (Bahasa Inggeris Untuk Profesional) serta Li Shi Ying dan Li Shi Yun (Sains Komputer dan Bahasa Inggeris Untuk Profesional).

Pasangan adik beradik yang turut menjadi pelajar baharu USM adalah Faizatul Akmal dan Farihah Abdullah yang mengambil jurusan Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan).

-UTUSAN ONLINE