Stesen penyiaran televisyen CGTN melaporkan, bas tersebut dirampas seorang suspek yang membawa pisau dalam satu kejadian dan kini ditahan polis untuk siasatan.

Insiden itu berlaku pada pukul 3.20 petang waktu tempatan di bandar Longyan dan anggota polis merupakan antara mangsa yang maut.

Satu video yang disiarkan oleh agensi berita Duowei menunjukkan beberapa mangsa cedera terbaring di tepi jalan dan anggota polis menahan suspek. – AFP