Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang Ir. Mohd. Rosdee Yaacob berkata, dua kes kemalangan turut dicatatkan di sektor perkhidmatan perniagaan selain sektor pengilangan mencatatkan satu kes.

Menurutnya, jabatan itu juga merekodkan sebanyak lapan kes hilang upaya kekal sepanjang tempoh sama iaitu satu kes di sektor pembinaan dan baki tujuh lagi di sektor pengilangan.

“Kita juga menerima sebanyak 975 aduan penyakit pekerjaan dan 957 daripadanya berkaitan masalah pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja,” katanya pada sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang bertemakan “Minggu Bebas Kemalangan Di Tempat Kerja” di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini hari ini.

Sambutan itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP, Ir. Zailee Dollah dan turut dihadiri Pengarah PSP Zulkifli Ariffin.

Pada majlis itu Mohd. Rosdee mewakili JKKP Pulau Pinang untuk mendatangani Sijil Kerjasama (CoC) bersama PSP bagi menjalankan program-program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada penuntut institusi itu. - UTUSAN ONLINE