Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau mencadangkan supaya pelantikan tersebut dibuat dalam masa terdekat.

Katanya, inisiatif penyertaan anak muda diteruskan dengan melantik belia yang berkelayakan di dalam pelbagai jawatan utama bagi meningkatkan suara mereka dalam membuat keputusan.

“Saya cadang supaya pelantikan tersebut dibuat dalam masa terdekat dan supaya calon yang sesuai dilantik ke jawatan Senator,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sambutan Hari Belia Negara 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dekat sini hari ini.

Kata beliau, atas kepercayaan serta kesetiaan anak muda memberi ruang kepada kerajaan baharu memimpin negara, pihaknya akan memastikan suara golongan itu diberi perhatian dan diambil kira dalam setiap proses keputusan kerajaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pada masa sama, Dr. Mahathir berkata, pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan juga merupakan cabaran generasi muda kesan daripada kepincangan yang diwarisi.

“Saya percaya dalam tempoh terdekat, ekonomi negara akan kembali berada di landasan yang betul,” katanya.-UTUSAN ONLINE