Menurut polis, kejadian berlaku di daerah Muzaffarpur kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri Patna.

Timbalan Ketua Polis Bihar, Anil Kumar Singh berkata, berdasarkan keterangan saksi, pemandu itu tidak berhenti meskipun telah merempuh kanak-kanak tersebut.

“Keretanya terbalik selepas kemalangan itu dan pemandu itu melarikan diri daripada lokasi kejadian, kami masih mencari suspek,” katanya. - AFP