Kerjasama itu juga melibatkan pembangunan kualiti program diploma yang dijalankan KYPJ serta penempatan latihan industri kepada para penuntut kolej tersebut dan menjalankan program diploma profesional KYPJ dalam beberapa bidang terutama hospitaliti.

Lapan rakan industri terbabit adalah Citrus Hotel Johor Bahru, Design Principle (syarikat hiasan dalaman), Silka Hotel, Vialing Sdn. Bhd. (syarikat pembangunan sistem teknologi maklumat), Persatuan Gastronomi Malaysia, Persatuan Chef Johor, Arkitek Mustapha Kamal dan Southern Lion.

MoU itu di bangunan KYPJ dekat sini disaksikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), Abdul Rashid A. Rahman serta Ketua Eksekutif Kolej YPJ, Shahrim Adon. - UTUSAN ONLINE