OTHMAN MAHMOOD
OTHMAN MAHMOOD

Seramai 62,219 pengundi layak mengundi di DUN Balakong dan 53,492 bagi DUN Seri Setia, namun masing-masing mencatatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi hari ini sekadar 26,483 dan 23,423 orang.

Berdasarkan peratusan berkenaan, pandangan umum pengundi mengatakan PRK di dua DUN Selangor itu itu tidak akan memberi kesan kepada politik negara.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood, pihaknya sudahpun membuat hebahan termasuk di media massa dan media sosial untuk meminta pengundi keluar mengundi.

“SPR akan meneliti sebab utama peratusan keluar mengundi dalam PRK di Balakong dan Seri Setia terlalu rendah di bawah paras 50 peratus.

“Namun secara peribadi, saya berpandangan bahawa pengundi tidak menunjukkan minat untuk mengundi kerana mereka sudahpun berbuat demikian ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu,” katanya. - BERNAMA