Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah cuba menutup sebelah mata dengan realiti yang dihadapi golongan berkenaan seterusnya mengambil kesempatan terhadap masalah lambakan unit rumah kuota bumiputera yang tidak terjual di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan menilai rakyat berdasarkan kemam­puan dan pendapatan mereka, bukan bangsa.

“Secara dasarnya, kerajaan baharu ini menilai rakyat berdasarkan kemampuan dan pendapatan mereka, bukan bangsa.

“Kalau tetapkan harga rumah mampu milik kepada mereka berpendapat RM3,000 ke bawah, jadi kita tidak akan mengira bangsa atau agama. Begitu juga situasi untuk rumah yang berharga di bawah RM500,000,” katanya dalam sidang akhbar sempena Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2018 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini hari ini.

Semalam, Pre­siden REHDA, Datuk Ir. Soam Heng Choon mencadangkan unit perumahan kuota bumiputera perlu dijual ke pasaran bebas selepas tempoh enam bulan bagi mengelak berlaku lambakan unit kediaman tidak terjual di negara ini.

Zuraida berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti isu berhubung kuota perumahan bumiputera itu secara menyeluruh termasuk menilai reaksi penggiat industri dan pembeli rumah kerana tidak seragam di seluruh negara.

“Kita akan semak perbezaan ini sebab mungkin demografik di pelbagai negeri adalah berbeza. Kita lihat ada keperluan untuk menyera­gamkan polisi,” katanya.