Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kumpulan pertama itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan 30,200 bakal haji yang telah dimaklumkan sebelum ini.

“Kesemua bakal haji telah dimaklumkan melalui surat yang dihantar kepada mereka dan kami juga berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang memberi penambahan kuota jemaah haji berbanding tahun lalu.

“Jemaah juga sudah memberi maklumbalas surat tersebut dan kini pihak Tabung Haji sedang sedang mempertingkatkan proses lojistik bagi memastikan perjalanan haji kali ini berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani. - UTUSAN ONLINE