Bagi seorang pengusaha kuih tradisional, Norhayati Matcah, 53, permintaan terhadap kuih tradisional iaitu kuih bakar mendapat sambutan menggalakkan di daerah ini malah tidak menang tangan apabila permintaan dibuat oleh pelanggan dilakukan setiap hari.

“Saya menjual kuih ini dengan cara menghantar terus ke pintu rumah pelanggan dalam keadaan masih segar.

“Ini kaedah saya untuk menjaga keaslian kuih itu sejak memulakan perniagaan tersebut enam tahun lalu,” katanya kepada Utusan Online di sini baru-baru ini.

Tambahnya, pelanggan akan menempah mengikut talam yang boleh memuatkan 12 keping kuih bakar dan dijual pada harga RM3 sekeping.

Katnya, proses membuat kuih itu bermula pukul 8 malam sebelum dibakar pukul 3 sehingga 7 pagi dan akan dijual bermula 8 hingga 11 pagi setiap hari.

“Kuih bakar ini boleh disiapkan awal tetapi saya memilih menghidangkan kepada pelanggan secara segar setiap hari.

“Disebabkan itu saya memilih untuk mengadun dan membakar pada hari sama supaya keasliannya tidak pudar,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE