Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, jumlah itu disifatkan mencukupi bagi mengawal keadaan di venue dan trek sepanjang temasya itu berlangsung.

Katanya, polis memberi perhatian tinggi terhadap tahap keselamatan di kedua-dua lokasi itu dan hasil lawatan mendapati persiapan berjalan lancar serta dalam keadaan baik.

"Selain itu, kita telah menentukan tempat yang kita akan tambah anggota bagi menjamin keselamatan atlet kerana seperti kita maklum keadaan bagai acara kuda lasak bercampur meliputi kawasan hutan, kampung dan lain-lain.

"Polis juga akan mempertingkatkan kawalan dan rondaan di hotel penginapan atlet," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak acara sukan kuda lasak di Lembah Bidong, di sini hari ini.

Zulkifli berkata, Terengganu merupakan lokasi kelima dan terakhir bagi lawatan tapak Sukan SEA 2017. - UTUSNA ONLINE