Perkara tidak ketinggalan dilakukan ketika hari pertuna­ngan adalah berbalas hantaran yang merupakan adat Melayu bagi menandakan kasih sayang antara kedua-dua pihak keluarga.

Bagi pasangan Tengku Nurul Atika Nabiha Tengku Rosnan, 23, dan Mohamad Ibtisam Syafiq Azmi, 23, mempunyai cara tersendiri dengan menjadikan se­ekor kucing sebagai hantaran dalam majlis pertuna­ngan mereka.

Tengku Nurul Atika Nabiha berkata, dia merupakan peminat haiwan tersebut dan hantaran pertunangan pada 25 Disember lalu itu sebagai pengganti seekor kucingnya yang mati pada Oktober lepas.

“Sebab itu tunang saya memilih menghadiahkan seekor kucing kacukan dari baka Parsi dan British Short Hair. Ku­cing ini juga memberikan ‘kerjasama’ ketika majlis tersebut apabila duduk di dalam bekas hantaran disediakan sehingga tertidur,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.