Sekolah harian biasa di kawasan penempatan nelayan  yang terpilih mewakili negara itu, melangkah ke peringkat akhir  pertandingan bersama empat lagi negara Amerika Syarikat, Hungary, 

Korea Selatan dan Jepun.

Tiga pelajar yang mewakili sekolah dan membawa pulang kejayaan ialah Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar  Abd Ghani dan  Safyyah Muhammad Nasir bersama guru pengiring, Faizu 

Abdul Rahman, Rohaya Hussain dan Wan Zul Azri W. Mod Shatar.

Pertandingan bertaraf dunia itu diadakan sempena  Persidangan Antarabangsa Ketiga Mengenai  Pembangunan Sumber Manusia Bagi Program Kuasa Nuklear.

Kejayaan mereka dalam program selama empat hari itu  turut perhatian Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malikk yang mengucapkan tahniah dan syabas dengan pencapaian yang mengagumkan. - UTUSAN ONLINE