Hamzah Zainuddin

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bateri sekunder digunakan untuk bank kuasa (power bank), telefon bimbit, ro­kok elektronik, permainan elek­tronik dan dron serta ia juga adalah bateri yang boleh menghasilkan tenaga elektrik dalam jangka masa panjang.

Sehubungan itu katanya, bermula 1 Februari ini ke­menterian akan mula memper­kenalkan garis panduan pematuhan standard ke­selamatan bateri sekunder ter­sebut berserta advokasinya kepada orang ramai.

"Melalui garis panduan itu semua pihak pengeluar perlu mematuhi piawaian pensijilan MS IEC 62133:2017 untuk setiap bateri sekunder yang dihasilkan.

"Garis panduan ini turut mengesyorkan pihak industri atau pengeluar menjalankan pengujian dan mendapatkan pensijilan untuk bateri sekunder sebelum dibekalkan ke pasaran," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan garis panduan pematuhan standard keselematan bateri sekunder di sini hari ini.

Hamzah berkata, tujuan pihaknya untuk menguatkuasakan garis panduan itu adalah melindungi keselamatan pengguna dalam menggunakan bateri sekunder yang boleh mendatangkan bahaya jika penghasilannya tidak menepati piawaian.