Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kualiti karya Mulvec setanding industri

KUALA LUMPUR 15 Mei – Beberapa karya peserta Pertandingan Video Multimedia (Mulvec) sudah mencapai tahap industri produksi vi­deo walaupun ia dihasilkan oleh mahasiswa di peringkat institusi pengajian tinggi sahaja.

Pengarah Filem, Razaisyam Rashid berkata, terdapat video yang mempunyai elemen-elemen komersial bernilai tinggi yang sering digunapakai oleh pemain industri turut disertakan dalam karya peserta pertandingan ini.

“Saya berasa cukup bangga apabila dapat melihat semua video yang dihasilkan kerana ia memperlihatkan mahasiswa kita mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan bakat.

“Bagaimanapun, di antara video tersebut terdapat jurang yang terlalu jauh dan usaha perlu terus dilakukan untuk menggilap bakat sehingga mencapai satu tahap yang membanggakan,” katanya kepada Utusan Online baru-baru ini.

Razaisyam yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Anugerah Skrin antara panel juri yang menilai lebih 128 buah vi­deo peserta yang menyertasi Mulvec Siri 1.

Mulvec merupakan pertan­dingan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Utusan Online yang dibahagikan kepada tiga siri bermula 1 Disember 2016 lalu untuk Siri 1 manakala Siri 2 sedang berlangsung sehingga 31 Mei 2017 dan Siri 3 bermula 1 Jun hingga 15 Ogos 2017.

Peserta yang mendapat tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000, RM5,000 (kedua), RM3,000 (ketiga) dan 10 hadiah sagu hati RM1,000 setiap peserta.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Mulvec Siri 1 akan diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya, 17 Mei ini.

Razaisyam berkata, selari dengan konsep pertandingan, ada peserta yang menggunakan gabungan pelbagai medium multimedia, tetapi gagal untuk memastikan kesinambungan yang lancar sehingga menganggu perjalanan cerita yang cuba disampaikan dalam video tersebut.

“Pemilihan pelakon juga perlu diberikan perhatian dan dilakukan dengan teliti manakala, penggunaan motion grafik yang mampu menampilkan emosi seperti menggunakan animasi satu kelebihan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain