Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka juga boleh menggunakan talian nombor itu untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan isu-isu seperti pemansuhan peperiksaan tahap satu, buku teks, bantuan awal persekolahan dan pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak warga tempatan tanpa dokumen.

“Khidmat nombor talian ini akan beroperasi bermula esok (2 Januari) dan pada waktu pejabat,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Nombor telefon berikut adalah Perlis (049737693), Kedah (047404000), Pulau Pinang (046521012), Perak (055015109), Selangor (0355108711), Kuala Lumpur (0362046145) dan Putrajaya (0388890000).

Selain itu, Negeri Sembilan (067653192), Melaka (062325542), Johor (072310000), Pahang (095715741), Kelantan (097418082), Terengganu (096213003), Sabah (088537111), Sarawak (082473712) dan Labuan (087583360). - UTUSAN ONLINE