Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, peruntukan tersebut meliputi 230 projek baharu dan 523 projek sambungan.

“KPLB telah diberikan siling indikatif perbelanjaan mengurus bagi tahun 2020 sebanyak RM3.034 bilion.

“Besarlah harapan kementerian agar permohonan ini diluluskan dan untuk itu, saya akan bertemu Menteri Kewangan pada awal September nanti bagi membincangkan keperluan kewangan untuk melaksanakan projek luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan KPLB 2019, di sini hari ini.

Dalam pada itu Rina berkata, perbelanjaan mengurus KPLB berada pada tahap 55.32 peratus atau RM1.655 bilion setakat 4 Ogos lalu, berbanding peruntukan sebanyak RM2.992 bilion yang diberikan.

Justeru katanya, baki sebanyak RM1.336 bilion atau 44.68 peratus diharap dapat dibelanjakan sepenuhnya menjelang hujung tahun ini. - UTUSAN ONLINE.

habis//