Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, pihaknya menjalankan risikan selama dua minggu sebelum menyerbu premis yang membekalkan selipar dan kasut kepada peniaga pasar malam.

Kata beliau, berdasarkan keterangan pekerja stor berusia 47 tahun di premis tersebut, syarikat itu telah beroperasi kira-kira 10 tahun dalam perniagaan borong selipar dan kasut.

“Dalam serbuan itu, 240 pasang selipar tiruan jenama Puma dan 432 pasang selipar berjenama Gucci dianggarkan bernilai RM3,360 disita.

“Siasatan mendapati syarikat tersebut merupakan pembekal selipar kepada peniaga pasar malam di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka, Johor dan Perak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011. - UTUSAN ONLINE