Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KPDNKK jumpa pengusaha Shell Isnin

SUMBER MEDIA SOSIAL 2
SUMBER MEDIA SOSIAL

SEPANG 19 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bertemu dengan para pengusaha Shell yang menghadapi masalah teknikal di stesen minyak mereka apabila petrol RON95 dicaj pada harga RM4.09 kepada pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pertemuan tersebut akan diadakan Isnin ini bagi menyelesaikan masalah yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna.

“Setakat ini, pengusaha Shell yang terlibat telah menyatakan permohonan maaf mereka ekoran masalah teknikal yang dihadapi dan berjanji akan membuat bayaran balik kepada pelanggan.

“Dalam masa sama, pihak penguat kuasa kementerian sedang menjalankan siasatan selepas menerima aduan daripada orang ramai semalam,” katanya dalam sidang akhbar sempena pengumuman Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 di sini hari ini.

Media sosial sejak semalam kecoh mengenai beberapa stesen minyak Shell seperti Shell Bagan Ajam, Butterworth; Shell Nusajaya, Johor Bahru dan Shell Salak South, Kuala Lumpur telah mengenakan caj untuk RON95 pada harga RM4.09 seliter kepada pelanggan.

Kekecohan itu kebanya­kannya berlaku antara pu­kul 12.01 tengah malam sehingga 1.30 pagi semalam.

Harga petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM2.08 seliter mulai tengah malam semalam manakala RON97 ditetapkan pada harga RM2.36 seliter berkuat kuasa untuk tempoh seminggu iaitu sehingga 24 Mei ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain