Menterinya, Datuk Saifudin Nasution Ismail berkata, medium tersebut merupakan tambah baik lapan saluran sedia ada antaranya menerusi emel, talian bebas tol dan laman sosial Facebook.

Menurutnya, pengguna boleh menyalurkan aduan dengan memberikan maklumat lengkap menerusi aplikasi Whatsapp di nombor 019-2794317 sebelum tindakan susulan akan diambil dalam tempoh 24 jam.

“Sebanyak 642 laporan direkodkan dalam tempoh tiga hari sejak kaedah baharu itu dilancarkan pada 1 September lalu dengan aduan paling banyak

membabitkan kenaikan harga barangan di restoran dan kad tambah nilai prabayar,” katanya dalam sidang akhbar ketika hadir sesi Taklimat Pelaksanaan SST di sini hari ini.

Turut hadir merasmikan majlis penutup sesi taklimat berkenaan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Saifudin Nasution berkata, pihaknya mendapati penurunan berlaku dalam kadar yang kecil dilaksanakan peniaga sejak SST dilaksanakan iaitu sekitar 0.2 hingga 12.9 peratus.

“Ini berikutan terdapat faktor lain yang menjadi kekangan terhadap penurunan harga barangan secara mendadak termasuk kos pengangkutan dan pembayaran gaji kepada pekerja,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE