Serbuan pada pukul 11 pagi itu disertai sepasukan anggota dan pegawai penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membabitkan nilai rampasan sebanyak RM10,000.

Ketua Seksyen Bekalan dan Harga Bahagian Penguat Kuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, serbuan dibuat hasil aduan orang ramai berhubung harga telur yang meningkat sejak sambutan Hari Krismas lalu.

"Aduan yang diterima berhubung kenaikan harga telur yang begitu mendadak iaitu antara 30 sen sehingga 40 sen sebiji sejak akhir Disember lalu.

"Serbuan di kilang ini yang merupakan salah satu pengeluar terbesar dalam negara, kita merampas 30,000 biji telur kerana dipercayai dijual pada harga tidak munasabah dan pengeluar akan diambil tindakan mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi itu bersama 15 anggota penguat kuasa di kilang tersebut. - UTUSAN ONLINE