Saifuddin Nasution berkata, tindakan berkenaan melanggar undang-undang negara kerana ketika ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) masih belum mengeluarkan senarai rasmi barangan keperluan yang akan dicukai.

Katanya, kementerian akan mengambil tindakan terhadap pengeluar berkenaan.

“Mereka (pembekal) tahu siapa mereka. Nasihat saya, anda sedang diperhatikan,” katanya di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata demikian sebagai mengulas penularan maklumat menerusi media sosial bahawa ikan kering merupakan antara barangan yang akan dikenakan SST sedangkan ia merupakan barangan keperluan bagi golongan kurang berkemampuan.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, terdapat tiga kategori barang yang akan dicukai iaitu sifar peratus, lima peratus dan 10 peratus mengikut sistem SST.

“Yang pasti barangan yang tidak kena SST, sama seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) dahulu,” katanya. - UTUSAN ONLINE