Kadar dividen itu merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak penubuhannya lapan tahun lalu dengan peranan menggerakkan akiviti perniagaan dalam kampus dan platform kepada pelajar dalam bidang keusahawanan.

Pengerusinya,  Dr. Mohd Shaari Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini memberitahu ketetapan dibuat dalam dalam mesyuarat agung tahunan di sini baru-baru ini dengan kehadiran 87 ahli.

“Dalam mesyuarat, seramai 15 Ahli Lembaga Koperasi ( ALK) dilantik termasuk enam muka baharu,”ujar Dr. Mohd Shaari yang terus menerajui koperasi itu.

Selain itu, katanya, mesyuarat turut menyokong cadangan untuk mengadakan seminar pemborongan dan peruncitan ke Guangzhou, China untuk meningkatkan kepelbagaian dan nilai urus niaga produk dan perkhidmatan. - UTUSAN ONLINE