Bot tersebut disita pada 21 Oktober lalu dan siasatan dijalankan oleh Pyongyang mengesahkan bahawa kru bot tersebut memasuki perairan negara itu untuk memancing.

Menurut laporan agensi berita KCNA, Korea Utara memutuskan untuk membebaskan kru bot tersebut selepas mereka mengaku kesalahan tersebut serta berulang kali meminta maaf. - REUTERS