Pada masa yang sama, satu laporan menyebut bahawa Pyongyang memperoleh keuntungan berjuta-juta dolar melalui eksportnya sekali gus menimbulkan tanda tanya tentang sekatan yang dikenakan terhadap negara itu.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, latihan tentera itu yang digelar Ulchi Freedom Guardian merupakan latihan pertahanan dan bukan bertujuan untuk meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Walau bagaimanapun Korea Utara menyifatkan latihan itu sebagai persiapan untuk peperangan. - Reuters.

habis.