EXCO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim
EXCO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim 

Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, selaku penduduk di Indera Mahkota, beliau berterima kasih kepada Kor Ming dan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) kerana mengakui MCKIP mampu mengangkat jenama barangan buatan Malaysia ke persada antarabangsa.

“Kenyataan terbaharu Kor Ming ini ternyata memperakui idea hebat kerajaan terdahulu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Terima kasih kepada kerajaan Malaysia baharu kerana sanggup membuat pusingan ‘U’ demi negara kerana sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mereka memfitnah kerajaan terdahulu kononnya projek MCKIP ini akan menjual negara kepada China,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kor Ming selepas lawatan kerjanya ke MCKIP dilaporkan berkata, MCKIP merupakan lambang persahabatan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dan model kerjasama itu berpaksikan kepada formula menang-menang kepada kedua-dua negara.

Alliance Steel juga menurut Kor Ming, merupakan pelabur terbesar di MCKIP dan setakat ini telah membawa masuk dana pelaburan berjumlah RM12 bilion serta lebih 3,000 daripada 5,000 pekerjanya adalah rakyat tempatan. - UTUSAN ONLINE