Ini menjadikan Kor Ming mengatasi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini telah mengisytiharkan pendapatan bersama isterinya, Betty Chew Gek sebanyak Cheng RM86,464.92.

Setakat ini, se­ramai 123 ahli Parlimen telah mengisytiharkan pendapatan mereka menerusi portal mydeclaration.sprm.gov.my.

Antara yang meng­isytiharkan pendapatan adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara Dan Kesejahte­raan Sosial), Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik dan isteri sebanyak RM40.540.89.

Menteri Pertaha­nan, Mohamad Sabu dan isteri, Normah Al­wi mengisytiharkan pendapatan RM­57,586.48 diikuti Men­teri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahudin Ayub dan isteri (RM 67,200).

Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad dan isteri mengisytiharkan pendapatan mereka iaitu RM56,049.40 manakala Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof dan isteri adalah RM65,407.20.