Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu memandangkan ia membabitkan sebuah projek mega selain seperti diputuskan Kabinet sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau me­ngingatkan media supaya tidak membuat sebarang tekaan atau

memainkan perkara yang tidak berbangkit atau tidak berasas mengenai isu terbabit.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG 

“Ini bersangkut-paut dengan perkara kontrak yang sensitif dan sebagainya, sebab itu saya tidak mahu sebut lebih daripada itu, lebih baik kita berpandukan kepada kenyataan bertulis yang akan dikeluarkan minggu depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Perpustakaan Digital di Jalan Masjid Negeri, di sini hari ini.

Isu mengenai kontrak CCCC bagi membina ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan sepanjang kira-kira 688 kilo­meter itu mencetuskan tanda tanya berikutan perbezaan kenyataan yang dibuat pe­mimpin kerajaan.

Ia berikutan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyebut kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak dengan CCCC yang digantung pada Julai tahun lalu itu pada mesyuarat Kabinet Khamis lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Mohamed Azmin itu mengejutkan Guan Eng yang berpendapat beliau mungkin tidak dimaklumkan mengenai keputusan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu mesyuarat itu.

Sementara itu, ditanya sama ada akan terdapat perubahan mengenai status kontrak CCCC itu berbanding yang diumumkan Mohamed Azmin, Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menegaskan supaya me­nunggu pengumuman mengenainya dibuat kelak.

Sebelum ini, portal berita Straits Times yang berpangkalan di Singapura melaporkan penamatan kontrak itu dilaksanakan susulan kegagalan CCCC mengurangkan kos projek kepada separuh iaitu RM40 bilion berbanding RM81 bilion selain menepati beberapa permintaan kerajaan.