Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KOLEJ KEDA LAHIR GRADUAN BERKEMAHIRAN

Para pelatih Kolej KEDA ketika menjalani latihan masakan. 2
Para pelatih Kolej KEDA ketika menjalani latihan masakan.

KOLEJ KEDA merupakan sebuah institusi kemahiran vokasional di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kolej KEDA ditubuhkan pada 1989 dengan diberi nama Pusat Latihan KEDA (Pustika) sebelum penjenamaan semula apabila pusat itu dinaik taraf kepada kolej pada 2011.

Inisiatif itu merupakan komitmen KEDA yang diterajui Pengurus Besarnya, Datuk Mohd. Arpan Shari agar kolej berkenaan memikul tanggungjawab sebagai badan yang mengurus latihan dan pembangunan minda insan dengan lebih menyeluruh.

Dengan penjenamaan semula Pustika menjadi Kolej KEDA yang menawarkan kursus-kursus latihan vokasional dengan kursus yang ditawarkan dinaik taraf sekurang-kurangnya sehingga Tahap 3.

Sehingga sekarang, Kolej KEDA telah melahirkan seramai lebih 6,000 graduan dalam bidang Teknologi Kimpalan, Teknologi Motosikal, Teknologi Elektrik, Teknologi Fabrik Wanita, Teknologi Makanan dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman udara.

Beberapa kursus tambahan turut diperkenalkan termasuk Kursus Teknologi Automotif, Teknologi Fabrik Lelaki dan Teknologi Kimpalan.

Latihan kemahiran merupakan usaha penting dan menjadi tanggungjawab Kolej KEDA dalam membangunkan modal insan yang kompetan dan berkemahiran ke arah mentransformasi ekonomi diri, keluarga dan masyarakat ke status yang lebih baik.

Para pelatihnya harus berani menggunakan ilmu kemahiran bagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan di sektor industri dan keusahawanan.

Ini adalah untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi sandaran di bahu para graduan ke arah menjadi sebahagian daripada kumpulan pelaksana, peneraju dan pemacu jentera kemajuan negara pada masa depan.

Pengetua Kolej KEDA, Abdul Rahman Abdul Khalek berkata, setiap pelatih yang berjaya menamatkan pengajian kemahiran akan memperolehi sijil kemahiran.

“Dengan memperoleh sijil kemahiran ini diharapkan mereka dapat menyambung pelajaran atau bekerja sendiri ataupun bekerja di sektor swasta dan kerajaan.

“Kolej KEDA mampu bergerak di atas landasannya sejajar dengan pelan strategik Kolej KEDA, Pelan Transformasi KEDA dan Negeri Kedah Darulaman bagi melahirkan tenaga mahir yang kompetan ke arah melahirkan pekerja mahir mencukupi menjelang kita menjadi negara maju,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di Pejabat Pengetua Kolej KEDA di Sik, Kedah, semalam.

Kolej KEDA juga berperanan membantu peserta menambah pendapatan dan pada masa yang sama keluar daripada kelompok kemiskinan melalui kursus yang disediakan, sama ada kursus sepenuh masa dan program latihan jangka pendek.

Kolej berkenaan juga menyediakan tempahan bilik untuk orang ramai yang berminat menjalani kursus, bina semangat dan menganjurkan hari keluarga dengan inapan chalet 40 bilik dan dewan utama.

Pelajar juga dibekalkan dengan kemudahan lengkap seperti bengkel, asrama, kafeteria, surau, gelanggang futsal, sukan dan rekreasi serta aktiviti kelab dan persatuan pelajar.

Pembinaan dua blok baharu juga sedang dilakukan untuk menempatkan bangkel penyejukbekuan dan bangkel masakan yang dijangka siap penghujung tahun ini.

Kursus-kursus jangka pendek turut ditawarkan untuk mereka yang berminat, terutamanya dalam kalangan pekerja kilang dan bengkel motosikal dan sebagainya yang tidak mempunyai sijil kemahiran.

Kursus-kursus separa mahir juga disediakan dan mereka yang berminat boleh memohonnya secara individu ataupun melalui majikan masing-masing.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain