Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KMJ 2017 berakhir di Hutan Bandar Putra

Sultan Ibrahim
SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar memandu kereta roda tiga jenis Morgan menuju ke Hutan Bandar Putra, Kulai bagi menamatkan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KULAI 12 Sept. - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 melabuhkan tirainya hari ini di Hutan Bandar Putra, di sini selepas merentasi 10 daerah di negeri ini dengan laluan sejauh 808 kilometer.

Keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rombongan kira-kira pukul 4 petang disambut kira-kira 5,000 hadirin sebagai tanda sokongan usaha murni baginda mendekati rakyat sejak Sabtu lalu.

Yang turut hadir menyambut kepulangan baginda ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; wakil rasmi Menteri, Datuk Md. Jais Sarday yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta barisan Exco kerajaan negeri.

KMJ yang memasuki edisi ke-20 kali ini menampilkan kelainan apabila Sultan Ibrahim memandu kereta beroda tiga jenis Morgan buatan Britain. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain