Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, pada masa ini terdapat lebih 800 PJK di seluruh negara.

"Kita sedang kaji keperluan untuk menambah PJK ini, juga menambah baik kemudahan sedia ada. Kita mahu PJK ini dimanfaatkan untuk program pembelajaran digital pelajar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'eCikgu Maxis' di sini, hari ini.

Program tersebut sebagai kelangsungan kepada program eKelas yang dikendali oleh Maxis di 55 PJK di 10 negeri di seluruh negara.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee berkata, kementerian mengalu-alukan kerjasama daripada kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan bagi melaksanakan program pembelajaran digital menggunakan kemudahan PJK. - BERNAMA