Selepas lebih sedekad berada di Malaysia, beliau mengakui dirinya berasa selesa di negara ini dan menyifatkan masyarakat Malaysia sebagai istimewa.

Duta itu berkata, beliau te­lah dapat mempelajari, menghargai tentang keu­nikan Malaysia sebagai sebuah negara yang positif.

“Malaysia hanya melakar sejarah pendek dalam menjadi sebuah negara merdeka dan usaha yang dibangunkan selama ini menjamin masa depan yang cerah, penuh dengan pencapaian.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah sebuah negara dinamik yang memilih jalan pemba­ngunannya sendiri, mempunyai kebijaksanaan serta menjadikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya sebagai kekuatan,” kata beliau kepada Utusan Malaysia dalam temu bual secara bertulis di sini.

Beliau tidak sesekali berasa canggung ketika berada di negara ini, apatah lagi menggangap Malaysia seperti negara asalnya sendiri.

Katanya, apa yang membezakan Malaysia berbanding negara lain adalah kepelbagaian komposisi masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.

“Bagi yang melawat Malaysia, mereka beruntung kerana merasai kepelbagai di satu tempat. Anda boleh merasai masakan masyarakat Cina dan kunjungi rumah ibadat India dan banyak lagi,” jelasnya.

Hari ini kita (kerajaan dan negara Venezuala) saling mengenal antara satu sama lain. Bagi perdagangan, ia masih agak kecil, tetapi berkembang setiap hari,” ujarnya.

Guzman Hernandez juga ber­­kata, Malaysia telah me­nunjukkan kematangan sistem demokrasinya terutamanya selepas pilihan raya yang lalu.

“Kedua-dua kuasa politik yang bertentangan kini belajar untuk memainkan peranan masing-masing dalam usaha me­nyumbang kepada pemba­ngunan yang baik di negara ini.

“Kami berharap kerajaan baharu akan dapat memenuhi harapan yang dibangkitkan oleh rakyatnya,” kata beliau.

Guzman Hernandez menjangkakan di bawah kerajaan baharu hubungan kedua buah negara dapat dipertingkatkan lagi melalui penawaran peluang-peluang perniagaan antaranya dalam bidang perubatan, makanan, ba­ngunan perumahan.

Beliau menambah, negaranya mempunyai banyak kawasan tarikan pelanco­ngan te­tapi infra­strukturnya belum mencukupi manakala Malaysia pula berjaya membangunkan sektor pelanco­ngan termasuk infrastrukturnya.

“Kita akui Venezuela me­ngalami krisis ekonomi besar, tetapi kerajaan sudahpun me­laksanakan dasar mengatasi kri­sis ini. Ini adalah masa yang tepat untuk meneroka peluang perniagaan baharu,” jelas beliau.

Ditanya harapan Guzman Hernandez berkata, pihaknya percaya hubungan antara ke­dua-dua negara akan terus baik.

“Kita tahu bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin yang mempunyai keyakinan yang kuat, mengga­lakkan Kerja­sama Se­la­tan-Selatan yang semasa peme­rintahan sebelum­nya berjaya mempelba­gaikan pasaran Ma­laysia,” tambah beliau.